SEJAK Hael Husaini menjurai Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) menerusi lagu Jampi yang dicipta bersama Ezra Kong, lelaki berusia 31 tahun itu dilihat semakin ampuh memacu momentumnya sebagai penyanyi dan komposer. Tidak sekadar menggarap karya untuk karier sendiri yang memperlihatkan bintangnya cemerlang menerusi single Haram dan Hajat, malah rakan-rakan seperjuangannya turut berhajatkan karya kreatif ciptaan penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu. Terbaharu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut…










