Guru pelatih, pelajar sertai Program Kepolisan Komuniti 2018 - Utusan Malaysia

Guru pelatih, pelajar sertai Program Kepolisan Komuniti 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATUH. Program Kepolisan Komuniti 2018 berlangsung dengan jayanya di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah di sini, baru-baru ini.

Program itu disertai seramai 400 peserta yang terdiri daripada 200 orang guru pelatih dan 200 pelajar dari lima buah sekolah rendah dan menengah di daerah Kuala Muda.

Ketua Polis Kedah, Datuk Abd. Rahim Jaafar turut menyampaikan ceramah mengenai bahaya minum air daun ketum dan penyalahgunaan najis dadah di program itu.

Urusetia program tersebut, Datin Dr. Wan Roslina Wan Ismail berkata, ceramah berkaitan jenayah siber, gejala sosial dalam kalangan remaja dan lain-lain boleh dijadikan panduan kepada setiap peserta untuk membaiki diri ketika menyertai program yang bertemakan ‘Berpisah Tiada’ itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN