Guru disiplin dituduh bunuh isteri - Utusan Malaysia

Guru disiplin dituduh bunuh isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seorang guru disiplin didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh isterinya yang juga merupakan guru tui­syen dalam satu pertelingkahan, Ahad minggu lalu.

Tertuduh, Lim Fong Aun, 42, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret L. Umma Devi.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh ke­rana kes itu di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Mengikut pertuduhan, Fong Aun yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan di negeri ini didakwa membunuh isteri­nya, T. Santhi, 39, dengan cara memukul pada bahagian kepala menggunakan rak penyidai baju di kediaman mereka di Taman Seri Indah, Jalan Abdul Arif, Ayer Itam di sini kira-kira pukul 10 malam, 18 November lalu.

Tertuduh didakwa me­lakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN