KANGAR 1 Nov. – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, mahukan agar kakitangan kerajaan dan ahli perniagaan di negeri ini supaya berusaha keras menggunakan kelebihan Perlis sebagai sebuah negeri yang bersempadan dengan Thailand, untuk menarik kedatangan para pelabur. Titah baginda, sebagaimana di Switzerland yang bersempadan dengan Jerman dan Perancis, negara tersebut mempunyai banyak tarikan kerana berjaya memanfaatkan kelebihan berkenaan. “(Sehubungan itu) Beta mahu Perlis menawarkan lebih banyak bidang perkhidmatan…










