SUASANA dingin pada waktu Subuh di sebuah masjid di Jakarta, Indonesia pada hari itu cukup mendamaikan. Namun, ketenangan itu bertukar kecoh apabila seorang lelaki ditahan oleh para jemaah ketika cuba mencuri wang daripada kotak derma yang diletakkan di satu sudut di dalam masjid berkenaan. Seperti adegan buli dan pukul-memukul dalam filem, mangsa kemudian disoal siasat oleh sekumpulan lelaki sambil tumbukan, tamparan, tendangan mula hinggap pada badannya. Si pencuri merayu memohon maaf sambil cuba memulangkan wang yang diambil berjumlah 1.8 juta Rupiah (RM544.60) kepada kumpulan tersebut. Namun, dia terus dibelasah tanpa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya