Gubal undang-undang baharu atasi gejala sosial remaja - Utusan Malaysia

Gubal undang-undang baharu atasi gejala sosial remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menggesa pihak kerajaan mengubal undang-undang baharu bagi menangani gejala sosial terutama melibatkan penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja yang kian meruncing.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, antara syor yang dicadangkan adalah mewajibkan penglibatan ibu bapa atau penjaga hadir pada setiap sesi kaunseling sepanjang tempoh pemulihan anak mereka yang masih di bawah umur.

Katanya, keengganan sesetengah ibu bapa yang berasa malu dengan tindakan anak-anak kerana terlibat dalam kancah sosial seperti budaya rempit atau salah guna dadah perlu dikikis.

“Penglibatan ibu bapa ini juga termasuk mewajibkan penyertaan dalam program kesedaran terutama berkait dengan tanggungjawab dalam urusan harian anak-anak,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas menyertai Sesi Dialog AADK Bersama Komuniti yang turut dihadiri wakil-wakil penduduk setempat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN