Griezmann gembira jaring gol ke atas Dortmund - Utusan Malaysia

Griezmann gembira jaring gol ke atas Dortmund

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 7 Nov. – Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann gembira apabila berjaya menjaringkan gol selepas pasukannya berjaya menewaskan Borussia Dortmund dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Kejayaan 2-0 ke atas Dortmund itu sekali gus meletakkan Atletico dalam keadaan terbaik untuk ke saingan kalah mati kejohanan itu.

“Kami mahu beraksi dengan baik terutama selepas apa yang mereka lakukan kepada kami di Jerman dan kami belajar daripada kesilapan sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami memberikan jawapan yang baik, ada beberapa pemain mengalami kecederaan tetapi pasukan ini tetap beraksi dengan baik seperti biasa. Kami adalah Atletico.

“Kami cukup bersemangat hari ini dan kami melakukan kerja kami dengan baik dan terima kasih kepada semua yang membantu,” kata Griezmann

Mengulas mengenai Ballon d’Or: “Saya tidak tahu. Saya hanya mahu bermain bola sepak dan malam ini memberikan keseronokan kepada saya untuk terus bersama kelab.” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN