KUALA LUMPUR 7 Nov. – Meskipun institusi pendidikan tinggi dianggap sebagai batu loncatan kepada belia untuk memperoleh masa depan lebih baik, terdapat kajian menunjukkan graduan bumiputera menghadapi kesukaran untuk mendapat pekerjaan. Kadar pengangguran golongan tersebut didapati lebih tinggi berbanding rakan sebaya mereka yang tidak mempunyai pendidikan tinggi. Perkara tersebut dinyatakan dalam Laporan Tinjauan Ekonomi Kementerian Kewangan 2019 yang meneliti kadar pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia dari tahap pendidikan berbeza berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2017. Laporan itu menyebut, belia bumiputera berpendidikan tinggi merekodkan kadar pengangguran tertinggi pada 2017 meliputi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya