Gobind harap sambutan Deepavali cerahkan semangat kenegaraan rakyat - Utusan Malaysia

Gobind harap sambutan Deepavali cerahkan semangat kenegaraan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Nov.- Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berharap sambutan perayaan Deepavali esok akan mencerahkan lagi perasaan dan semangat kenegaraan rakyat khususnya dalam era kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan. Dalam ucapan menerusi video pendek yang dimuat naik di laman Facebook Radio Televisyen Malaysia (RTM), beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyambut perayaan itu. “Marilah kita semua bersama-sama menyambut dan meraikan Hari Deepavali dengan penuh meriah bersama keluarga dan kawan-kawan kita…Selamat Hari Deepavali..Happy Deepavali,” katanya dalam video berdurasi 36 saat itu. – BERNAMA

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN