Geng Wan curi kenderaan sekitar Kota Kinabalu tumpas - Utusan Malaysia

Geng Wan curi kenderaan sekitar Kota Kinabalu tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Sindiket samun kenderaan yang didalangi Kumpulan Wan tumpas dalam dua serbuan berasingan di sekitar daerah ini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan pertama di Kampung Usukan Lama manakala serbuan kedua di Kampung Muhibbah dekat sini dijalankan pada 5 dan 6 November lalu.

Habibi berkata, kesemua suspek berusia antara 24 hingga 30 tahun diberkas termasuk ketua kumpulan yang dikenali sebagai Wan bersama hasil curi bahagian kenderaan seperti kereta dan motosikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Risikan polis mengesan suspek utama yang juga ketua kumpulan di Kampung Usukan l
Lama  kira-kira pukul 11 malam. Susulan penangkapan lelaki itu membawa kepada lokasi dua lagi suspek di Kampung Muhibbah.

“Dalam tangkapan kedua kira-kira pukul 2.30 petang, polis menemui kesemua barang curi seperti motosikal dan kereta yang telah dileraikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini hari ini.

Menurut Habibi, kesemua suspek warga tempatan terbabit mempunyai rekod jenayah lampau seperti samun berkumpulan dan penyalahgunaan dadah.

“Modus operandi menyamun kereta dengan kaedah mengumpil tingkap sebelum menghidupkan enjin menggunakan kepakaran mereka termasuklah menggunakan kunci pendua untuk mencuri motosikal,” jelasnya.

Menurut Habibi, kesemua bahagian kenderaan yang dileraikan dijual melalui media sosial Facebook dan Gakeps iaitu laman khusus pengguna mendapatkan komponen kenderaan di sekitar Sabah.

Tambah Habibi, kesemua kenderaan yang dirampas mempunyai rekod dilaporkan hilang di sekitar daerah ini dan Penampang.

“Kerugian dianggarkan bernilai RM100,000. Tangkapan terhadap suspek membantu menyelesaikan 10 kes samun kenderaan di daerah ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379a Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan komponen kenderaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN