Geng 'Gi Mekoh Nga Mutor' sudah sampai Mae Sot, sempadan Thailand-Myanmar - Utusan Malaysia

Geng ‘Gi Mekoh Nga Mutor’ sudah sampai Mae Sot, sempadan Thailand-Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 8 Nov. – Kumpulan tiga penunggang motosikal kapcai dari Kelantan yang dalam pengembaraan menuju tanah suci Mekah kini sudah melalui perjalanan sejauh 1,660 kilometer sejak bermula 3 November lalu.

Mereka yang terdiri daripada pesara, Diami Yusoff, 60; mekanik, Mohamad Zalani Zulkifli,64 dan usahawan, Mohamad Fadhli Ab Rashid, 40, kini berada di Mae Sot, Thailand sebelum bergerak ke Myanmar esok.

Mohamad Fadhli ketika dihubungi berkata, ketiga-tiganya berada dalam keadaan baik dan bersyukur kerana cuaca kini sangat menyebelahi mereka dan hanya terpaksa menempuh hujan pada hari pertama dan kedua sahaja.

“Ada kejadian mengejutkan pada peringkat awal kerana motosikal Diami atau Abe Mat tiba-tiba ‘mati’ di Lubok Jong, Pasir Mas, rupa-rupanya kerana minyak sudah habis.

“Pengalaman kami sepanjang lima hari di Thailand ini sangat memuaskan hati, rakan-rakan penunggang motosikal di sini turut mengiringi sebahagian perjalanan, apa yang kami kagum adalah hotel-hotel di sini biarpun murah tetapi menawarkan penginapan yang sungguh selesa,” katanya.

Ketiga-tiga lelaki berkenaan menggunakan motosikal di bawah 150 cc melalui perjalanan sejauh 14,000 kilometer yang dijangka memakan masa dua bulan sebelum mencapai sasaran menunaikan ibadat umrah awal tahun hadapan.

Mereka bertolak Sabtu lalu bermula dari Dataran Rehal di sini dan merentasi negara seperti Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN