PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull mendedahkan gejala rasuah sudah merebak ke dalam sekolah dan kini berada pada tahap yang membimbangkan.
Menurut beliau, antara kejadian yang dikesan ialah membabitkan seorang guru yang meminta habuan seks bagi membolehkan pelajar terbabit lulus peperiksaan dan pelajar memberikan wang supaya dilantik sebagai ketua kelas dan ketua pengawas sekolah.
“SPRM tidak boleh teruskan kes guru minta habuan seks kerana pelajar tidak mahu identitinya terdedah. Ada juga kes pelajar memberi rasuah kepada rakan sekelas bagi membolehkan dirinya dilantik sebagai ketua kelas dan juga sokongan sebagai ketua pengawas.
“Kalau kecil-kecil macam ini sudah pandai bermain dengan duit macam mana mahu harap mereka jadi pemimpin dan sebab itu juga pentingnya didikan awal benci rasuah diterapkan,” kata beliau ketika berucap sebagai panel dalam Forum Permuafakatan SPRM-Kementerian Pelajaran 2018 di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










