KUALA LUMPUR 12 Nov. – Hanya selangkah sahaja lagi menuju ke final, namun gegaran Hetty Sarlene dan Forteen terhenti apabila menjadi mangsa penyingkiran terakhir Gegar Vaganza (GV) Musim ke-5, malam tadi.
Penyingkiran tersebut sekali gus melayakkan enam peserta lain iaitu Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya, Zamani, Billy Zulkarnain ke pentas akhir Gegar Vaganza yang bakal berlangsung Ahad depan.
Pada pentas akhir itu nanti, kelima-lima finalis berkenaan ditugaskan untuk menyanyikan lagu duet bersama artis jemputan dan battle.
Juara GV akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM100,000 serta hadiah iringan lain.
Konsert terakhir program realiti itu akan dipancarkan secara langsung dari Wisma MBSA menerusi saluran Astro Ria dan Astro Ria HD. – UTUSAN ONLINE










