KUALA LUMPUR 3 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) semalam sebagai belanjawan yang banyak auta. Menurut Najib, misalnya dalam isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), beliau membidas pengumuman pembayaran balik hutang pinjaman itu kepada graduan yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan menerusi cara potongan berjadual antara dua dan 15 peratus daripada pendapatan bulanan pinjaman. Jelasnya, tidak…










