Gagal seludup 1,100 karton rokok - Utusan Malaysia

Gagal seludup 1,100 karton rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Cubaan menyeludup masuk 1,100 karton rokok pelbagai jenama ke daerah ini gagal selepas berjaya dipatahkan Maritim Malaysia (APMM) di kedudukan 0.1 batu nautika dari Tanjong Sepat di sini malam tadi. 

Bagaimanapun dalam kejadian pukul 7.20 malam itu, tiada suspek berjaya ditahan berikutan dapat melarikan diri.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata,pihaknya berjaya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di kawasan Tanjong Sepat semasa melakukan Op Ehsan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sebuah bot peronda Maritim Malaysia iaitu Petir 82 telah digerakkan ke lokasi kejadian sebelum mengejar bot terbabit.

“Kumpulan penyeludup yang menyedari kehadiran pihak berkuasa kemudiannya melarikan diri ke dalam kawasan bakau sebelum meninggalkan bot tersebut.

“Hasil pemeriksaan menemui beberapa bungkusan yang mengandungi 180 karton rokok Surya, Semporna (400), Malboro (500 karton) dan D’Samsu (20 Karton) yang ditutup dengan jaring ikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nilai kesemua rokok tersebut dianggarkan RM87,570.

Mohammad turut menjelaskan pihaknya turut menyita bot penyeludup yang mempunyai enjin jenama Yamaha berkuasa 200hp dianggarkan berjumlah RM150,000.

“Kesemua barang yang dirampas dan disita telah dibawa ke Unit Siasatan Maritim Selangor untuk tindakan lanjut dengan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN