Gadis dirogol bapa tiri dengan alasan ingin buang saka - Utusan Malaysia

Gadis dirogol bapa tiri dengan alasan ingin buang saka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Seorang gadis berusia 15 tahun didakwa telah dirogol sebanyak dua kali oleh bapa tirinya dengan alasan ingin membuang saka atau makhluk halus yang terdapat di dalam badannya di dua lokasi berbeza di Kuala Perlis di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, suspek yang berusia 34 tahun itu didakwa melakukan perbuatan terkutuk tersebut pada 25 Oktober lalu di sebuah rumah di kuaters kerajaan di Kuala Perlis.

“Suspek kemudian mengulangi perbuatan itu di sebuah rumah di taman perumahan di Kuala Perlis keesokkan harinya.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung dakwaan perbuatan terkutuk itu di Balai Polis Kuala Perlis sebelum suspek ditahan pada pukul 3.30 petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, polis berjaya mendapatkan perintah reman terhadap suspek selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 28A Kanun Prosuder Jenayah (KPJ).

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN