Gabungan NGO Ahli sunnah tolak LGBT - Utusan Malaysia

Gabungan NGO Ahli sunnah tolak LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Ahli Sunnah hari ini menolak sebarang toleransi bagi mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia.

Penegasan itu disuarakan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan llmuan Malaysia (Ilmu), Ahmad Fazrin Yahya berikutan kelompok berkenaan yang semakin lantang dan berani menuntut pengiktirafan terhadap gaya hidup mereka.

“Kami menyeru agar kerajaan tidak lagi memberi apa-apa ruang dan toleransi kepada golongan LGBT serta penyokong mereka yang mahu pengiktirafan terhadap amalan dan gaya hidup songsang mereka.

“Kami juga turut menyatakan kesediaan untuk berganding bahu bersama kerajaan membantu golongan LGBT agar tidak ada lagi anak-anak muda yang terlibat dalam hidup budaya songsang,” katanya dalam sidang akhbar sempena Konvensyen Ilmu Sunnah Dot Com Peringkat Kebangsaan 2018 (K-iSDC 2018) di sini hari ini.

K-iSDC 2018 merupakan wacana ilmiah membincangkan isu golongan LGBT dan hala tuju rakyat Malaysia terutama Melayu dan Islam dalam mendepani isu berkenaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN