Fresh Grocer beri sumbangan Deepavali - Utusan Malaysia

Fresh Grocer beri sumbangan Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Sempena dengan sembutan perayaan Deepavali esok, masyarakat Malaysia terutama mereka yang beragama Hindu pasti akan menyambutnya dengan penuh riang dan ceria.

Namun, tidak semua bernasib baik, ada yang menyambut perayaan ini dengan serba kekurangan dan hanya ala kadar.

KOMUNITI India sekitar Cheras menerima sumbangan Deepavali daripada Fresh Grocer.
KOMUNITI India sekitar Cheras menerima sumbangan Deepavali daripada Fresh Grocer. 

Bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan menyambut Deepavai, pasar raya Fresh Grocer di Cheras telah menghulurkan sumbangan untuk golongan ini.

Sumbangan yang disampaikan itu termasuk buah tangan dan baucer tunai kepada 100 orang yang berketurunan India dari sekitar kawasan Cheras.

KIRA-KIRA 100 komuniti India sekitar Cheras menerima sumbangan daripada Fresh Grocer sempena Deepava
KIRA-KIRA 100 komuniti India sekitar Cheras menerima sumbangan daripada Fresh Grocer sempena Deepavali.

Sumbangan itu disampaikan Pengarah Urusan Fresh Grocer, Sreedran Sankaran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN