KUALA LUMPUR 9 Nov.- Forum Polemik Kehadiran Masyarakat India di Semenanjung Tanah Melayu yang dijadualkan berlangsung pada 14 November ini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan diteruskan dengan tajuk baharu. Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan penganjur forum, Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) dalam Facebook institut tersebut hari ini. “Tajuk batal. Wacana diteruskan dengan pengubahsuaian tajuk sedikit,” jelas pengendali laman Facebook Atma dalam hantaran kemaskini mengenai program tersebut. Forum tersebut dijadualkan…










