Pernah melalui kemuncak zaman populariti, ternyata Datuk Aaron Aziz kini lebih senang hanya mempertahan jenamanya, malah tempoh 19 tahun bergelar seorang anak seni seperti memberi petanda buat aktor kecak ini untuk mempunyai fokus berbeza. Menolak pendapat yang mengatakan dia mahu melupakan bidang lakonan, ternyata Aaron saat ini ada perkara yang lebih penting yang perlu diutamakan olehnya. “Sepanjang berada dalam industri, Allah sudah berikan rezeki yang banyak untuk saya. Sudah sampai masanya pula saya memberi fokus kepada amal ibadat pula. “Senang cerita saya sudah tidak terkejar-kejar lagi dalam bidang ini,” katanya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya