KUALA LUMPUR – Fraser & Neave Holdings Bhd. (F&N) menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan penangguhan pelaksanaan duti eksais pada kadar 40 sen seliter terhadap minuman bergula yang bakal bermula pada 1 April 2019. Ketua Pegawai Eksekutif F&N, Lim Yew Hoe berkata, pihaknya memerlukan lebih masa untuk merancang dan menyesuaikan perniagaan terhadap perubahan tersebut. Ia termasuk merumuskan semula produk sedia ada atau memperkenalkan minuman baharu kurang gula iaitu pada paras tidak melebihi…










