KUALA LUMPUR – Filem aksi Polis Evo 2 terus melakar sejarah apabila mencatat kutipan lebih RM10 juta selepas lima hari ditayangkan di 146 buah pawagam seluruh negara termasuk Brunei. Catatan tersebut sekali gus meletakkan filem lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak selaku teraju utama itu menduduki tangga teratas carta pecah panggung di pawagam tempatan ketika ini. Selain Brunei, Polis Evo 2 turut menembusi pawagam negara Singapura dengan tayangan awal pada…










