Federer hidupkan peluang buru gelaran ATP Final - Utusan Malaysia

Federer hidupkan peluang buru gelaran ATP Final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 14 Nov. – Jaguh tenis Switzerland, Roger Federer berada di landasan terbaik dalam kempen ATP Final selepas juara enam kali itu tidak berdepan masalah menewaskan Dominic Thiem dengan keputusan 6-2, 6-3, awal pagi tadi.

Selepas tewas sewaktu aksi pembukaan di Arena O2 London ketika menentang Kei Nishikori, Federer berdepan risiko terkeluar andai dia ditewaskan oleh Thiem.

Kini kemenangan ke atas Thiem itu telah menghidupkan peluang buat Federer untuk melangkah ke saingan seterusnya.

Selepas ini Federer perlu menewaskan pemain dari Afrika Selatan, Kevin Anderson dalam aksi terakhir peringkat kumpulan andai mahu melangkah ke saingan separuh akhir.

“Saya merasa amat hebat dan gembira berikutan berjaya mempamerkan persembahan terbaik dalam perlawanan ini.

“Kekalahan ke atas Kei saya anggap positif kerana ia menjadi pendorang kepada kemenangan hari ini.

“Hari ini saya amat positif dan gembira dengan pencapaian ini dalam masa sama saya suka beraksi di London,” kata Federer. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN