SHAH ALAM 5 Nov. – Farawahida gagal beraksi di pentas separuh akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5) apabila diumum tersingkir pada konsert minggu suku akhir malam tadi. Farahwahida yang menyanyikan lagu Ayat-Ayat Cinta mendapat markah terendah pada konsert yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini. FARAWAHIDA Menurut juri tetap GV5, Datuk Ramli MS, kegagalan itu kerana penyanyi tersebut melakukan banyak kesalahan dan sumbang. “Dekat telinga saya kedengaran sangat jelas. Saya menilai dengan adil dan saya mendengar setiap suku kata sebutannya yang menyebabkan markahnya rendah. “Dia banyak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya