FAP pikat Ahmad Yusof kendali Pulau Pinang - Utusan Malaysia

FAP pikat Ahmad Yusof kendali Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 7 Nov. – Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) mengesahkan sedang berusaha mendapatkan bekas pemain kebangsaan, Ahmad Yusof untuk melatih pasukan berkenaan pada musim depan.

Presidennya, Dr. Amar Pritpal Abdullah berkata, Ahmad Yusof yang pernah melatih Sime Darby dan Kedah dijangka akan menandatangani kontrak selama setahun dalam masa terdekat.

Katanya, Ahmad Yusof menjadi pilihan kerana pengalaman luas yang dimilikinya sekaligus diyakini dapat membantu mencapai sasaran FAP untuk berada pada kelompok lima terbaik dalam Liga Perdana musim depan.

“Selain itu, persatuan juga sedang memilih beberapa pemain import untuk menyarung jersi Harimau Kumbang dan ketika ini pemain dari Australia, Argentina menjadi pilihan selain mungkin ada juga dari Brazil,” katanya di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Dr. Amar Pritpal berkata, FAP kini berusaha untuk membaiki kelemahan pentadbiran termasuk aspek pengurusan kewangan sehingga menyebabkan persatuan menanggung beban hutang yang besar.

Jelasnya, sebelum ini, FAP melakukan kesilapan apabila menandatangani pemain import dengan gaji yang tinggi mencecah RM70,000 namun pemain berkenaan tidak boleh beraksi akibat kecederaan lama malahan terdapat juga pemain import yang menunjukkan aksi hambar sedangkan menerima gaji lumayan.

“FAP juga tidak akan membayar agen untuk membawa pemain import sebaliknya mereka perlu menanggung kos sendiri sekiranya ingin membawa pemain berkenaan mencuba nasib bersama Pulau Pinang,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN