Fakta terbaharu berkait nahas pesawat Lion Air - Utusan Malaysia

Fakta terbaharu berkait nahas pesawat Lion Air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Isyarat kuat dari kotak hitam pesawat Lion Air JT 610 telah dikesan, bagaimanapun badan pesawat dan kotak hitam berkenaan belum ditemui di perairan Karawang, Jawa Barat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Koordinat isyarat kotak hitam itu dikesan pada S 05 48 48.051 – E 107 07 37.622 dan koordinat S 05 48 46.545 – E 107 07 38.393.

“Koordinat terputus hubungan pesawat adalah menuju arah barat laut, jaraknya kira-kira 400 meter dari koordinat tersebut,” kata Ketua Pasukan Mencari dan Menyelamat Tentera Laut Indonesia, Muhammad Syaugi sebagaimana dilaporkan Detik.com, semalam.

Kini tumpuan pencarian adalah pada titik isyarat kotak hitam dikesan dan peralatan penentu lokasi isyarat ping dan sonar digunakan bagi mengesan badan pesawat terbabit.

Selain peralatan canggih, sebanyak 800 orang anggota terlibat dalam pencarian yang memasuki hari keempat.

Lion Air JT 610 penerbangan Jakarta-Pangkalpinang terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat pada, Isnin (29/10). Pesawat nahas itu membawa penumpang dan kru sebanyak 189 orang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini