IPOH 12 Nov. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan terhadap pereka grafik, Mohd. Fahmi Reza Mohd. Zarin atas kesalahan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu membabitkan pemimpin negara di akaun Facebook miliknya dua tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Radzi Harun bagaimanapun menggantikan hukuman RM10,000 terhadap Mohd. Fahmi Reza, 40, serta memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sebulan, sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Pada 20 Februari lalu, Hakim Norashima…










