F:30 penanda aras baharu FAM - Utusan Malaysia

F:30 penanda aras baharu FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERSATUAN Persatuan Bo­la Sepak Malaysia (FAM) semalam melancarkan peta hala tuju atau Roadmap FAM yang diberi nama F:30 dalam misi menjadi lima negara terbaik Asia menjelang 2030.

Memuatkan artikel berkaitan…

Peta hala tuju bagi tempoh 12 tahun itu dibahagikan kepada tiga pelan strategik iaitu fasa pertama dari tahun 2019 hingga 2022 untuk membina asas yang kukuh dari sudut tadbir urus, pertandingan dan pembangunan modal insan serta infrastruktur.

Disusuli fasa kedua (2023-2026) mencapai peringkat Asia, disudahi fasa ketiga (2027-2030) bertujuan melahirkan sebuah pasukan kebangsaan bertaraf dunia.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin menyifatkan F:30 sebagai simbol kesungguhan FAM melaksanakan pelan pembangunan menyeluruh di setiap lapisan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara bola sepak yang di­segani.

“Tempoh 12 tahun adalah sasaran yang realistik mengambil kira ekosistem bola sepak tempatan ketika ini.

“Teras kepada peta hala tuju ini ialah memperkasakan ahli gabungan dari sudut pembangunan modal insan dan pertandingan, pengenalan DNA bola sepak Malaysia menerusi kurikulum keju­rulatihan yang seragam serta pembangunan akar umbi yang mantap.

“Dalam peta hala tuju ini, FAM bercadang mewujudkan sekelompok pengadil profesional bertujuan meningkatkan mutu pengadilan,” katanya pada majlis pelancaran F:30 di Kuala Lumpur semalam.

Majlis tersebut dirasmikan bersama Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, Presiden Konfedera­si Bola Sepak Asia (AFC), Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa.

Turut hadir ahli majlis FIFA, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Setiausaha Agung FIFA, Fatma Samoura dan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John serta ahli jawatankuasa ekseku­tif FAM dan perwakilan dalam kalang­an ahli gabungan badan induk itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN