LANGKAWI – Equanimity, kapal layar mewah yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tiba di sini hari ini untuk tujuan simpanan sementara selepas belayar dari Pelabunan Klang, semalam.
Kapal sepanjang 92 meter itu kini berlabuh di Pangkalan Markas Wilayah Laut Tiga (Mawilla 3) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bukit Malut di sini, kata Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim.
“Dua buah bot peronda polis iaitu PA45 dan PSC18 bersama sebuah kapal perang TLDM, KD Teguh telah mengiringi kapal layar itu sepanjang perjalanan sebelum tiba di sini pada pukul 10.35 pagi tadi,” katanyak etika dihubungi hari ini.
Beliau bagaimanapun, tidak menyebut tempoh masa kapal mewah itu akan berada di Langkawi dan hanya menyatakan ia akan dikawal oleh TLDM di pangkalan mereka sepanjang berada di sini.
Ketibaan bot di sini turut menarik minat ramai netizen selepas foto ia berlabuh di jeti pangkalan TLDM di sini tular di media sosial. – Bernama










