PULAU PINANG 21 Nov. – Pendirian Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk tidak menggubal Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan buat masa ini disifatkan bertentangan dengan usaha memartabatkan kedudukan agama dan umat Islam di negeri ini. Sambil melahirkan rasa kecewa dengan keputusan itu, aktivis politik yang juga bekas ahli DAP, Rahmad Isahak berkata, pendirian tersebut juga membelakangi pandangan serta nasihat mufti yang lebih arif dalam hal ehwal Islam. Menurut beliau, pendirian itu memperlihatkan seolah-olah peranan mufti dalam memberi cadangan berkenaan kepentingan Islam hanya bernilai di atas kertas semata-mata dan dengan mudah dicantas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya