GAZA CITY 13 Nov. – Jumlah angka terkorban berikutan serangan udara Israel di Semenajung Gaza meningkat kepada enam penduduk dalam tempoh 24 jam.
Kementerian Kesihatan bahagian sempadan Palestin memaklumkan serangan baharu di membedil di kedua-dua bahagian.
Kementerian itu turut mengenal pasti penduduk Palestin yang keenam terbunuh sebagai Mossaab Hus, 20.
Sementara itu, Israel berkata, salah satu daripada helikopternya menyerang beberapa penduduk yang menyeberangi pagar sempadan yang menyusup ke wilayahnya.-AFP










