SEREMBAN 6 Nov. – Empat sekeluarga sesat selama kira-kira satu jam ketika mendaki Bukit Melati di Nilai dekat sini sebelum berjaya ditemui, malam ini.
Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba Seremban 2, Raihan Che Mat berkata, empat mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki, dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui kira-kira pukul 7.40 malam.
“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.25 malam dan tujuh anggota bomba telah bergegas ke lokasi kejadian.
“Pasukan penyelamat mendapati kesemua mangsa gagal mencari jalan keluar, namun sejam kemudian mereka ditemukan selamat di lokasi ‘check point’ di Cobra Hill dan dibawa turun ke kaki bukit,” katanya ketika dihubungi, di sini.
Raihan memberitahu, kemua mangsa dibenarkan pulang selepas disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan. – UTUSAN ONLINE










