Empat lelaki menyamar pegawai SPRM, minta suapan RM2 juta direman - Utusan Malaysia

Empat lelaki menyamar pegawai SPRM, minta suapan RM2 juta direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Empat individu yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direman di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan sebanyak RM2 juta untuk menyelesaikan kes melibatkan seorang individu berpangkat Datuk Seri.

Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan membenarkan permohonan reman SPRM selama enam hari bermula semalam hingga 15 November depan.

Terdahulu, keempat-empat suspek ditahan antara pukul 3 petang hingga 8.15 malam semalam selepas SPRM mendapat aduan daripada mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiga suspek yang berusia antara 33 hingga 49 tahun ditahan di sebuah kelab golf terkemuka di Sungai Buloh, Selangor manakala seorang lagi suspek berusia 37 tahun ditahan di rumahnya di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut sumber lagi, keempat-empat lelaki berkenaan dipercayai bersubahat untuk meminta wang suapan sebanyak RM2 juta daripada seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang dikatakan mempunyai kes membabitkan SPRM.

Susulan penahanan itu, SPRM merampas tujuh telefon bimbit serta beberapa dokumen berkaitan daripada keempat-empat suspek berkenaan serta wang tunai berjumlah RM48,350 daripada salah seorang suspek.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×