Edar dadah, wanita Ukraine dipenjara seumur hidup - Utusan Malaysia

Edar dadah, wanita Ukraine dipenjara seumur hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Nasib tidak menyebelahi seorang wanita warga Ukraine berusia 24 tahun selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini  menjatuhi hukuman penjara seumur hidup terhadapnya setelah didapati bersalah mengedar 1.54 kilogram (kg) dadah jenis kokain tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Naizatul Zima Tajudin terhadap tertuduh iaitu Lopatkina Klavdiia.

Klavdiia sebelum ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 15 Disember tahun lalu terhadap pertuduhan mengedar dadah tersebut bagaimanapun pihak pendakwaan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya dan mahkamah tersebut (Rayuan) memerintahkan tertuduh membela diri.

Dalam keputusannya, Abdul Wahab berkata, tertuduh sepatutnya mempunyai  masa untuk melihat dua bungkusan plastik  yang dibawanya  dari penerbangan melalui Dubai ke Kuala Lumpur seterusnya ke Pulau Pinang.

“Tertuduh dilihat menutup mata untuk mengetahui kandungan  dua bungkusan palstik yang dibawa melalui tanggannya sepanjang penerbangan itu sedangkan mempunyai masa yang panjang.

Tertuduh juga  tidak mengambil peluang  itu untuk melihat kandungan bungkusan yang didakwa mengandungi coklat yang dibawanya,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN