Duda dipenjara kerana gurauan - Utusan Malaysia

Duda dipenjara kerana gurauan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR – Gurauan seorang duda memasukkan anak saudara lelakinya yang berusia tiga tahun ke dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Bukit Sentosa di sini bulan lalu dibalas dengan hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Hakim Azmil Muntapha Abas yang bertindak sebagai majistret menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Irwan Abdul Jalil, 27, selepas jurujual tersebut mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 3 Oktober lalu. Prosi­ding semalam adalah sebutan semula kes namun tertuduh menukar kepada bersalah selepas pertuduhan dibacakan semula.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN