HULU SELANGOR – Gurauan seorang duda memasukkan anak saudara lelakinya yang berusia tiga tahun ke dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Bukit Sentosa di sini bulan lalu dibalas dengan hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam. Hakim Azmil Muntapha Abas yang bertindak sebagai majistret menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Irwan Abdul Jalil, 27, selepas jurujual tersebut mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke…










