KUALA LUMPUR 9 Nov. – Dua rakan masing-masing mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merompak seorang kakitangan wanita sebuah bank dengan memukul mangsa sehingga cedera di sebuah pangsapuri di Kepong, minggu lalu. Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid bagaimanapun menetapkan 12 Disember ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap penganggur, Muhammad AlSharif Madsa dan pekerja restoran makanan segera, Muhammad Amirul Hafiz Sudirman Shah masing-masing berusia 19 tahun sementara menunggu…










