Dua pusat pemindahan sementara banjir dibuka di Temerloh - Utusan Malaysia

Dua pusat pemindahan sementara banjir dibuka di Temerloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Dua pusat pemindahan sementara dibuka di Temerloh dekat sini, lewat malam tadi, bagi menempatkan 27 mangsa banjir. 

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata mangsa terdiri daripada penduduk Kampung Batu Kapor dan Kampung Sungai Buluh. 

Katanya, 22 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kapor, manakala lima mangsa daripada dua keluarga berada di Dewan Kampung Sungai Buluh. 

“Kawasan kampung mereka dinaiki air limpahan dari Sungai Semantan ekoran hujan lebat yang berterusan selama beberapa jam. Bagaimanapun, paras air sungai itu dilaporkan sedang dalam trend menurun  pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN