Dua maut tersepit dalam kemalangan - Utusan Malaysia

Dua maut tersepit dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMBANG – Dua individu maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori kontena di Jalan Kubong di sini hari ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu, identiti kedua-dua mangsa masih belum diketahui.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak berkata, pemandu Toyota Hilux iaitu seorang perempuan membawa tiga lagi penumpang yang merupakan pelancong asing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, ketika melalui jalan itu, pemandu itu gagal mengawal kenderaan lalu bertembung dengan lori kontena tersebut.

“Kemalangan mengakibatkan pemandu dan penumpang hadapan Toyota Hilux tersepit manakala dua lagi penumpang di belakang cedera,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnyanya, pemandu lori dan kelindan pula mengalami kecederaan ringan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN