JOHOR BAHRU – Seorang tukang cuci dan rakan lelakinya ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dengan kesan kelar pada belakang dan leher dalam kejadian di sebuah rumah di tingkat tiga flat Taman Ungku Tun Aminah di sini semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Mayat K. Kamala, 59, yang juga ibu tunggal ditemui terbaring di dalam sebuah bilik rumah berkenaan manakala mayat rakannya, S. Silvaraja, 51, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bahagian ruang tamu rumah.
Mayat kedua-dua mangsa itu ditemui kira-kira pukul 9 pagi oleh anak perempuan Kamala berusia 31 tahun yang baru sahaja pulang bekerja dari Singapura.
Kamala bekerja sebagai pekerja bahagian pembersihan dan tinggal di flat berkenaan bersama anak perempuannya itu manakala Silvaraja hanya menumpang di rumah itu.











