Dua individu ditahan disyaki edar dadah - Utusan Malaysia

Dua individu ditahan disyaki edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dua individu warga tempatan ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sebuah pusat hiburan di Jalan Ipoh, Sentul pada 4 Oktober lalu.

Dalam serbuan pada pukul 3.30 pagi itu telah dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Shanmugamoorthy Chinniah berkata, hasil serbuan tersebut pihaknya berjaya menahan dua individu yang masing-masing terdiri daripada lelaki dan wanita warga tempatan berusia 24 tahun.

“Hasil pemeriksaan terhadap tubuh badan saspek lelaki tersebut, kita telah menemui serbuk disyaki dadah jenis ekstasi seberat 316.39 gram yang bernilai kira-kira RM31,600.

“Kita juga menemui lima peket dadah disyaki jenis ketamin (5.57 gram) bernilai RM800 dan sebotol air disyaki dicampur dadah jenis ekstasi bernilai RM150,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN