MARAN 11 Nov. – Dua beranak maut dalam kemalangan melibatkan dua buah treler di Kilometer 181 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di sini hari ini. Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah malam itu ialah pemandu treler, Mohd. Shariff Abdullah, 35, dan anaknya Nur Alya Farisha,13. Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Norzamri Abd. Rahman berkata, semasa kejadian mangsa bersama tiga orang anaknya dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Kuantan.…










