TOKYO 5 Nov. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau ingin melihat universiti Jepun mewujudkan kampus cawangan di Malaysia bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia bukan sahaja didedahkan kepada sistem pendidikan negara itu, tetapi turut mempelajari budayanya. Beliau berkata, Malaysia menghantar ramai pelajarnya ke Jepun dan mereka memberi banyak sumbangan kepada Malaysia, bagaimanapun faktor kos kini mengakibatkan agak sukar untuk menghantar lebih ramai pelajar. “Kami berpendapat cara terbaik adalah untuk mewujudkan universiti (Jepun) di Malaysia. Kami telah berusaha untuk mendapatkan penubuhan kampus cawangan universiti Jepun di Malaysia. Malangnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya