Dr. Mahathir dinasihatkan berwaspada orang keliling - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir dinasihatkan berwaspada orang keliling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dinasihatkan agar berwaspada dengan mereka yang berada di sekeliling beliau pada masa ini.

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, apa yang berlaku dalam pentadbiran Dr. Mahathir ketika ini boleh dikatakan seperti lebih lalang daripada padi.

“Dr. Mahathir, waspada apa yang ada di sekeliling. Hari ini le­bih banyak lalang daripada padi.

Memuatkan artikel berkaitan…
MOHAMAD KHIR TOYO
MOHAMAD KHIR TOYO 

‘‘Depan mereka bercakap petah menyalahkan orang lain bagai lalang tegak tinggi lakunya kerana mereka tak mampu jadi padi, maka padi dipersalahkan,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook beliau hari ini.

Selain itu, Mohamad Khir berkata, Dr. Maha­thir dikelilingi oleh men­te­ri-menteri yang hanya hebat bercakap di mulut, namun tiada tindakan diambil.

Jelas beliau lagi, para menteri yang menganggotai Kabinet Dr. Mahathir juga terdiri daripada mereka yang menolak sebarang cadangan daripada pegawai ke­ra­jaan apabila dikemukakan da­sar baharu.

‘‘Kekalutan ini bertambah parah apabila Dr. Mahathir dike­li­lingi oleh menteri yang hebat di mulut tapi kosong tindakan, cakap lain buat lain, hasilnya ha­ru-biru kemudian pegawai di­persalahkan, pak menteri cuci mulut, kaki dan tangan.

‘‘Bila pegawai susun cadangan dan dasar baru, pak menteri tolak mentah-mentah, kadang tak baca pun, yang keluar dari mulut mereka, ini polisi kerajaan lama, kami Pakatan Harapan ada cara kami untuk me­ningkatkan kualiti hidup rak­yat,’’ katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×