TOKYO 5 Nov. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dianugerahi ijazah kehormat doktor falsafah oleh University of Tsukuba di sini. Penganugerahan ijazah kehormat itu, merupakan pengiktirafan tertinggi universiti berkenaan terhadap sumbangan Dr Mahathir dalam mempertingkatkan pertukaran dalam bidang penyelidikan dan pendidikan di peringkat antarabangsa, semasa lawatan beliau ke kampus Tokyo universiti itu di sini. Ijazah kehormat itu disampaikan Presiden universiti berkenaan, Prof Kyosuke Nagata. Terdahulu, sebelum majlis penyampaian anugerah…










