KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung kes Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang didakwa mencabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya (DPP) dalam tempoh terdekat.
Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, keterangan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sudah dirakam namun kertas siasatan masih belum lagi diserahkan kepada pihak DPP.
“Kita akan serahkan kertas siasatan yang lengkap kepada DPP berhubung dakwaan beliau mencabul dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Pemantapan Integriti Bebas Rasuah Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM, Cheras di sini semalam.











