Doakan Ayeh cepat ditemukan - Utusan Malaysia

Doakan Ayeh cepat ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 12 Nov. – Hari keempat usaha mencari dan menyelamat (SAR) anggota polis, Wan Mohd. Arif Wan Yahya, 28, yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika mengejar seorang penjenayah di Sungai Paka, Kampung Baru Durian Mentagau, Dungun, Jumaat lalu, masih lagi menemui jalan buntu.

Sungguhpun begitu, Wan Yahya Wan Harun, 59, serta isteri Wan Yah Wan Yaacob, 52, tidak putus-putus mengutuskan doa semoga anak keempat dari tujuh beradik itu segera ditemukan.

Wan Yahya ketika ditemui di Kampung Padan Embun, Tendong merayu seluruh rakyat negara ini supaya memohon doa semoga Wan Mohd. Arif atau lebih mesra di sapa Ayeh segera ditemui.

“Doa seluruh rakyat Malaysia amat kami perlukan semoga segala usaha yang dijalankan berjalan lancar.

“Saya juga difahamkan, mayat suspek telah ditemukan pagi tadi,” katanya.

Wan Yahya memberitahu, dia turut berharap anaknya itu segera ditemukan.

Katanya, selain itu, solat hajat turut diadakan di beberapa buah masjid bagi memudahkan usaha mencari anaknya.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Ayeh yang sedang mengejar suspek kes samun yang dikenali sebagai Zam Ayam, tergelincir ke dalam sungai bersama suspsek.

Mangsa yang bertugas di Balai Polis Paka sedang melakukan aktiviti rondaan cegah jenayah terserempak dengan supsek yang menaiki kereta curi sebelum mengejarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN