Djokovic tolak tawaran beraksi di Arab Saudi - Utusan Malaysia

Djokovic tolak tawaran beraksi di Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Jaguh tenis Serbia, Novak Djokovic mengesahkan penarikan dirinya daripada menyertai perlawanan pertunjukan di Arab Saudi setelah lawannya, Rafael Nadal turut membuat demikian ekoran kecederaan yang dialaminya.

DJOKOVIC menarik diri daripada perlawanan pertunjukkan di Arab
DJOKOVIC menarik diri daripada perlawanan pertunjukkan di Arab Saudi ekoran kecederaan lawannya, Nadal selain negara itu sedang mengalami pergolakan politik ketika ini. 

Terdahulu, kedua-dua pemain bintang dunia itu menerima kritikan hebat kerana bersetuju untuk tampil di gelanggang negara padang pasir itu yang kini berdepan kecaman dunia berikutan kes pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi.

Djokovic dan Nadal dilaporkan akan menerima bayaran sebanyak AS$1 juta (RM4.18 juta) setiap seorang sebagai bayaran penampilan untuk perlawanan yang akan berlangsung di Jeddah pada 22 Disember nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perlawanan pertunjukan di Arab Saudi dibatalkan kerana kecederaan yang dialami Nadal menyebabkan dia tidak boleh beraksi .

“Saya juga tidak suka melibatkan diri dalam perdebatan politik atau terjerumus dalam situasi seperti itu. Malangnya, kami berdua terkena tempias hanya kerana kami membuat keputusan bersetuju untuk bermain di sana kira-kira setahun lalu.

“Sekarang sudah muktamad, kejohanan tersebut tidak akan berlaku dan kami tidak lagi perlu lagi berfikir mengenainya,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN