Djokovic sedih nasib Nadal - Utusan Malaysia

Djokovic sedih nasib Nadal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Novak Djokovic mengakui tidak gembira selepas mendengar berita mengenai pesaing terdekatnya, Rafael Nadal yang terpaksa menarik diri dari Kejohanan Paris Masters selepas membuat pengumuman Rabu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemegang 14 gelaran Grand Slam tersebut turut meluahkan rasa simpati dengan keadaan kecederaan Nadal yang sekali lagi menjadi penghalang untuk pemain Sepa­nyol berkenaan pergi lebih jauh biarpun situasi itu memberi kelebihan kepadanya untuk berada di puncak ranking.

“Nadal bergelut dengan kecederaan sejak Terbuka Amerika lalu, namun dia tetap tampil di setiap kejohanan, begitu juga dengan Roger Federer. Saya tak boleh terlalu yakin bahawa saya mampu merampas kedudukan No. 1 dengan mudah.

“Sudah tentu, saya tak gembira dengan situasi ini walaupun kami semua sedang mengejar untuk menjadi pemain yang menutup tahun ini di kedudukan No.1 dunia,” katanya.

Bagaimanapun, Djokovic juga mendedahkan tidak kisah jika dia tidak dicabar mana-mana bintang dunia dan yakin perkara tersebut tidak akan melemahkan sema­ngatnya untuk terus mencabar potensi diri.

“Secara jujur, saya tidak kisah jika me­nerima laluan mudah mencapai sasaran itu kerana saya tak perlu bermain lebih perlawanan atau terpaksa diheret ke perlawanan yang memakan masa berjam-jam.

“Saya sudah bertanding banyak kejohanan dalam masa lima bulan kebela­kangan ini. Saya sudah selesa dengan teknik pukulan saya dan itu bermakna saya memiliki keyakinan tinggi,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN