Ditipu ‘Inspektor Azman’ - Utusan Malaysia

Ditipu ‘Inspektor Azman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 7 Nov. – Seorang doktor muda ber­­usia 25 tahun menjadi mangsa penipuan Macau Scam setelah didakwa nama­nya dikaitkan dalam jenayah pengubahan wang haram.

Mohd. Wazir

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa mendakwa dihubungi seorang lelaki kononnya dari Mahkamah Majistret Melaka pada 10 pagi semalam sebelum di­sambung kepada lelaki lain yang memperkenalkan diri sebagai ‘Inspektor Azman’ kononnya dari Ibu pejabat Polis Kontinjen Melaka.

“Suspek memberi­tahu mangsa akan ditangkap kerana mempunyai tunggakan kad kredit berjumlah RM28,000 dan terlibat dengan kesalahan pengubahan wang haram. Mangsa kemudian diminta memindahkan wang dari akaunnya ke satu akaun yang diberikan suspek untuk tujuan siasatam,’’ katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, mangsa memindahkan RM4,900 pada pukul 11.10 pagi hari sama menerusi pemindahan wang dalam talian, namun menyedari terdapat kemungkinan dirinya menjadi mang­sa penipuan.

Sehubungan itu, tambah­nya, mangsa tidak meneruskan transaksi lain dan membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Kuantan di sini, semalam.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan,” ujarnya. 
– BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN